← Back to list
Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Untuk Tanggungan Boleh Dibuat Di MySejahtera.
Mar 19, 2021
Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Untuk Tanggungan Boleh Dibuat Di MySejahtera.
Pendaftaran Tanggungan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera dilancarkan hari ini.
la membolehkan orang ramai bantu warga emas seperti datuk dan nenek masing-masing untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.
Menurut Menteri Penyelaras Program berkenaan, bilangan pendaftaran penerima vaksin Fasa Dua yang melibatkan warga emas setakat ini masih rendah.
Mesej viral berkaitan denda ingkar SOP palsu!
Dakwaan mengenai jumlah denda bagi situasi ketidakpatuhan SOP yang viral di aplikasi Whatsapp adalah palsu.
Jelas Kementerian Kesihatan, terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dalam kandungan WhatsApp itu.
Pihaknya minta orang ramai agar berhenti sebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
Kematian jururawat baru-baru ini disebabkan serangan jantung.
Kematian seorang jururawat di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini tiada kaitan dengan vaksin Covid-19 yang diterimanya seminggu lalu.
Sebaliknya jelas Ketua Pengarah Kesihatan, wanita itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather