← Back to list
Jumlah Pendaftaran Masih Rendah
Apr 04, 2021
PM Bimbang
Perdana Menteri bimbang dengan jumlah pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan angkanya masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah rakyat yang wajar mendapat suntikan vaksin COVID-19.
Selepas hampir 2 bulan ia dilaksanakan, daripada 26.7 juta pengguna MySejahtera baru 7.7 juta mendaftar sebagai penerima vaksin berkenaan.
Tegas Tan Sri Muhyiddin, imunisasi itu sangat penting kerana hampir semua sektor ekonomi sudah dibuka semula.
Jangan Leka - KKM
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 berdasarkan kes seharian semalam terus meningkat iaitu 1.02.
Perak mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.61 dan negeri itu juga merekodkan kes harian paling tinggi.
494 kes dicatatkan di negeri tersebut semalam diikuti Selangor (352) dan Sarawak (290).
3 negeri itu mencatatkan 2 pertiga daripada kes keseluruhan harian semalam yang berjumlah 1,638.
Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa semua pihak kekal mematuhi SOP untuk elak kes terus meningkat.
Nahas Bas Ekspres
Sebuah bas ekspres terbabas lalu terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Terowong Menora, Perak.
14 orang cedera termasuk pemandu bas dan mereka berusia antara 14 hingga 59 tahun.
Berdasarkan siasatan awal, nahas itu disebabkan pemandu bas berkenaan terlelap atau ‘microsleep’.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather