← Back to list
Tindakan Saman Menanti Individu Cuba Rentas Negeri Untuk Sambut Ramadan!
Apr 06, 2021
Individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan bakal berdepan tindakan saman!
Menurut Bukit Aman, pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya di sempadan negeri akan dipertingkatkan.
Tegasnya, hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan boleh meneruskan perjalanan.
Hampir 3,000 calon duduki SPM 2020 sesi kedua yang bermula hari ini.
Mereka merupakan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu yang tamat 25 Mac lalu kerana positif COVID-19 atau perlu jalani kuarantin.
SPM 2020 sesi kedua ini dilaksanakan sehingga 23 April di hampir 200 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Neelofa minta ruang untuk selesaikan isu dakwaan pelanggaran SOP PKP.
Neelofa minta diberi ruang untuk menyelesaikan sendiri isu dakwaan melanggar SOP PKP baru-baru ini.
Ia berkaitan isu rentas negeri bersama suaminya ke utara tanah air dan majlis perkahwinan mereka.
Polis dalam pada itu sudah ambil keterangan Neelofa dan Haris berhubung majlis perkahwinan mereka yang didakwa langgar SOP PKP.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather