← Back to list
Kerajaan Batalkan Rancangan Ambil Alih 4 Lebuh Raya.
Apr 07, 2021
Kerajaan membatalkan rancangan mengambil alih 4 lebuh raya di Lembah Klang yang ditawarkan pada 2019 bernilai RM6.2 bilion.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bebanan yang perlu ditanggung kerajaan.
Bagaimanapun kerajaan sedang teliti cadangan baru sebagai penyelesaian jangka panjang kepada isu tol.
Tiada syarat baru dikenakan untuk mohon permit bagi perjalanan rentas negeri.
Jelas polis Cheras, notis mengenai syarat kebenaran rentas negeri yang kini viral adalah peringatan buat anggotanya bukan untuk orang awam.
Pihaknya mahu anggota polis bertugas lebih berhati-hati ketika memproses permohonan rentas negeri orang ramai.
4 kampung di Terengganu dan Sabah dikenakan PKPD.
3 kampung di Terengganu dan 1 di Sabah dikenakan PKPD mulai hari ini hingga 20 April.
la susulan berlaku penularan Covid-19 dalam kalangan penduduk di kampung terbabit dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather