← Back to list
Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 di Kelantan & KL Atasi Negara
Apr 21, 2021
Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 di Kelantan & KL Atasi Negara
Kadar kebolehjangkitan atau ‘R-Naught’ COVID-19 di Kelantan dan Kuala Lumpur kini masing kini 1.43 dan 1.28
Ia sekaligus mengatasi kadar kebolehjangkitan negara iaitu 1.19
Nilai ‘R-Naught’ merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh 1 kes positif.
Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif dan begitulah sebaliknya.
Sementara itu semua data berkaitan COVID-19 yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tepat dan sahih.
Malah tegas Ketua Pengarah Kesihatan, sistem pengurusan data yang digunakan juga telus dan berintegriti.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian ekoran dakwaan sesetengah pihak kononnya data tersebut dimanipulasi.
Kompaun Bukan Mahu Aniaya Penuntut
Kompaun yang dikenakan ke atas 6 penuntut matrikulasi di Perak yang tular ketika ini bukan penganiayaan.
Jelas kerajaan negeri, kompaun yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu masih boleh dirayu.
Penuntut tersebut dilapor dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dalam kawasan kolej.
Sejumlah warganet merasakan ia tidak wajar sebab penuntut kolej itu langsung tidak dibenarkan keluar sejak semester bermula kira-kira 5 bulan lalu.
Penuntut IPT di Sarawak Tak Boleh Tinggalkan Kampus
Penuntut IPT di Sarawak tidak dibenarkan meninggalkan kampus.
Menurut kerajaan Sarawak, arahan itu juga terpakai untuk murid di sekolah berasrama.
Ia susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu terutama dalam kalangan masyarakat.
2,341 kes COVID-19 dicatatkan semalam yang juga melebihi angka 2,000 untuk hari ke-6 berturut-turut.
Sarawak terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 600, diikuti Selangor (539) dan Kelantan (429).
Hanya 17 masjid di Kelantan Boleh Mengadakan Solat Tarawih
Hanya 17 masjid bandar dan jajahan di Kelantan dibenarkan mengadakan solat tarawih.
Ia mula berkuat kuasa hari ini, manakala masjid mukim dan surau di seluruh negeri itu ditutup sementara.
Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), ia susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.
Semalam, Kelantan merekodkan 429 kes COVID-19, yang ketiga tertinggi di Malaysia.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather