← Back to list
Teliti Kelonggaran Sempena Aidilfitri
Apr 26, 2021
Teliti Kelonggaran Sempena Aidilfitri
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan memberi kelonggaran kepada pekerja Malaysia di Singapura untuk pulang menyambut Aidilfitri.
Kerajaan Johor memaklumkan, ia melibatkan rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksin COVID-19.
Perbincangan mengenai perkara itu antara kedua-dua negara dijangka dilakukan dalam masa terdekat.
Vaksin COVID-19: Pendaftaran Diperluas
Lebih 9.2 juta penduduk sudah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Daripada jumlah itu hampir 1.3 juta telah mendapat suntikan vaksin.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan kempen daftar vaksin kepada komuniti Kawasan Rukun Tetangga, Ramadan ini.
Ia bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.
CERDIK: 150,000 Murid Akan Terima Peranti Pintar
50,000 murid sekolah bakal terima peranti pintar akhir bulan depan di bawah inisiatif Cerdik.
Sejumlah 100,000 lagi peranti pintar dijangka akan diagihkan pada September nanti.
Ia merupakan projek perintis pembelajaran digital tanggungjawab sosial korporat yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.
foto: AWANI (sekadar hiasan)
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather