← Back to list
Jangan Sebar Mesej Palsu Berkaitan PKP!
May 03, 2021
Mesej viral kononnya PKP dilaksanakan di seluruh Selangor sama ada 4 atau 5 Mei ini adalah palsu!
MKN turut nafikan kesahihan poster mengenai SOP PKP kononnya akan dilaksanakan minggu depan yang kini viral di media sosial.
Tegas MKN, poster itu palsu kerana pihaknya belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Orang ramai diminta agar berhenti sebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan awam.
Slot vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca habis ditempah.
Menurut Menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia habis hanya dalam tempoh kira-kira 3 jam selepas pendaftaran dibuka semalam.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga berharap perkembangan itu menggalakkan lebih ramai mendapatkan vaksin COVID-19.
Buat masa ini vaksin itu ditawarkan untuk penduduk Kuala Lumpur dan Selangor dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas ini.
Kapasiti fasiliti kesihatan di Lembah Klang capai tahap membimbangkan.
Kapasiti penggunaan fasiliti kesihatan di Selangor, KL dan Putrajaya sudah mencapai tahap membimbangkan.
Menurut Kementerian Kesihatan, ia susulan peningkatan pesakit kritikal sebanyak 62 peratus dalam masa hanya 2 minggu.
Kadar penggunaan katil ICU di 6 hospital di Lembah Klang kini melebihi 70 peratus.
Semalam, Malaysia merekodkan 3,418 kes baru Covid-19 dengan lebih 30,000 kes aktif.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather