← Back to list
Hanya 10 Peratus Rakyat Tolak Vaksin COVID-19.
May 07, 2021
Cuma 10 peratus rakyat menolak vaksin COVID-19 manakala 2 peratus menunggu bukti keberkesanannya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 88 peratus lagi setuju dan ia bermakna majoriti rakyat sedia divaksinkan.
Peratusan itu hasil daripada kaji selidik terkini KKM ke atas sejumlah responden.
Malaysia akan menerima lebih 3.5 juta lagi dos vaksin COVID-19 bulan ini.
Vaksin berkenaan adalah daripada Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca.
Ia dapat digunakan untuk memvaksin 1.7 juta lagi penduduk.
Pelajar IPT Mula Pulang Beraya Hari Ini.
Kira-kira 70,000 siswa mula pulang ke rumah dan kampung halaman hari ini sempena cuti Aidilfitri.
Bagaimanapun penuntut, ibu bapa atau penjaga tidak perlu ke balai polis untuk mohon surat kebenaran rentas daerah dan negeri.
Jelas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ini kerana surat berkenaan dikeluarkan oleh IPT.
Pergerakan pulang pula hanya dibenarkan menggunakan beberapa kaedah antaranya kenderaan sendiri, kenderaan ibu bapa atau penjaga, atau kenderaan yang diaturkan pihak IPT.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather