← Back to list
Lakukan PKP Kendiri Untuk Cegah COVID-19.
May 10, 2021
Orang ramai disaran agar lakukan PKP kendiri untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, ia boleh dilakukan dengan hanya duduk di rumah dan patuhi segala SOP yang ditetapkan.
Usaha memerangi COVID-19 katanya adalah tanggungjawab semua, bukan hanya petugas Kementerian Kesihatan dan barisan hadapan yang lain.
Temu janji doktor tidak perlu surat polis.
Individu yang mempunyai temu janji doktor dan rawatan berjadual kini hanya perlu kemukakan kad temu janji di sekatan jalan raya.
Menteri Kanan Keselamatan berkata mereka tidak perlu mohon surat kebenaran daripada pihak polis untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.
Bermula hari ini, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis tidak dibenarkan di seluruh negara hingga 6 Jun.
Gagal merekod butiran diri ketika masuk premis kesalahan SOP tertinggi.
Kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi pematuhan SOP PKP adalah gagal merekod butiran diri ketika masuk ke sesebuah premis.
Menteri Kanan Keselamatan kesal masih ada pihak yang tidak peka dengan SOP walaupun sudah lebih setahun rakyat dan negara berperang dengan COVID-19.
Kegagalan merekod butiran diri katanya sukarkan pihak berkuasa mengesan siapa kontak rapat dan sebagainya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather