← Back to list
Teksi Dan Perkhidmatan E-hailing Boleh Beroperasi Sepanjang PKP.
Jun 24, 2021
Perkhidmatan teksi dan kenderaan e-panggilan di Semenanjung diizin beroperasi antara daerah dan negeri semasa PKP penuh ini.
Jelas Kementerian Pengangkutan, ini kerana ia diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu.
Namun ia hanya bagi tujuan membawa penumpang yang mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
Ibu bapa, adik beradik dan guru perlu divaksin sebelum sesi persekolahan dibuka nanti.
Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri berkata keselamatan situasi sekeliling perlu diberi keutamaan kerana pelajar masih belum boleh menerima vaksin.
Justeru, jelas Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, amat penting untuk capai imuniti kelompok lebih awal di samping meneruskan langkah kesihatan awam bagi melindungi pelajar daripada Covid-19.
Hampir 1,900 kertas siasatan dibuka babitkan media sosial sejak 2019.
Menurut PDRM, ia antaranya melibatkan kes yang menyentuh sensitiviti institusi diraja dan kaum serta penghinaan agama.
Lebih 250 kes penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 pula dicatatkan sejak 18 Mac tahun lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather