← Back to list
Malaysia Masih Di Fasa Satu PPN.
Jul 01, 2021
Malaysia masih berada pada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara, PPN.
Jelas Menteri Kanan Keselamatan, tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan fasa, sebaliknya ia berdasarkan 3 indikator nilai ambang utama.
Ia adalah bilangan kes jangkitan harian, kadar penggunaan katil di ICU dan peratusan yang lengkap terima 2 dos suntikan vaksin.
Justeru Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak terus patuh SOP bagi membolehkan ketiga-tiga indikator itu dicapai dalam masa terdekat.
Kerajaan pertimbang semula pemberian vaksin Pfizer kepada remaja.
Keputusan untuk memberikan vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer kepada remaja akan dipertimbangkan semula.
Jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, ia susulan wujud risiko keradangan pada jantung dalam kalangan remaja lelaki seperti dilaporkan di Amerika Syarikat, UK dan Singapura.
Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin menegaskan isu itu tidak jejaskan keputusan kerajaan terhadap jumlah perolehan vaksin Pfizer.
Fasa 3 PICK sudah bermula di 7 negeri dan wilayah.
7 negeri dan wilayah sudah memulakan fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, PICK.
Negeri dan wilayah berkenaan ialah KL, Selangor, Melaka, Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang dan Sarawak.
Ia dilaksanakan di negeri yang telah capai kadar vaksinasi atau janji temu diberi kepada lebih 80 peratus penduduk.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather