← Back to list
Fasa 2 PPN di Pulau Pinang Bermula Esok.
Jul 06, 2021
Bermula esok, Pulau Pinang akan memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara, PPN.
Menteri Kanan Keselamatan berkata ini selepas negeri berkenaan mencapai 3 nilai ambang yang ditetapkan.
Antaranya populasi dewasa yang terima 2 dos lengkap vaksin Covid-19 di negeri itu sudah capai 10 peratus.
Semalam, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang jadi negeri terawal beralih ke fasa kedua PPN.
Sementara itu, semua jenis barang dagangan di kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar raya boleh dijual kepada pelanggan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara.
Menteri Kanan Keselamatan berkata ia susulan timbul kekeliruan dalam kalangan pemilik premis yang menutup sebahagian seksyen barangan jualan mereka.
Premis makanan di kawasan fasa 1 dan 2 PPN pula boleh beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 10 malam.
Namun, bagi kawasan yang dikenakan PKPD, operasi kedai makan adalah mulai jam 8 pagi hingga 8 malam.
Dalam perkembangan berkaitan, penduduk di kawasan PKPD boleh keluar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran turut diberikan kepada mereka yang perlu pulang ke kampung atau rentas daerah dan negeri bagi tujuan itu.
Individu terlibat hanya perlu menunjukkan janji temu MySejahtera kepada polis dengan maksimum 3 orang dibenarkan termasuk pemandu dalam sebuah kenderaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather