← Back to list
Kajian Kelonggaran Tiada Had Masa.
Jul 22, 2021
Kajian untuk memberi kelonggaran kepada individu yang dapat suntikan imunisasi lengkap dibuat bersandarkan beberapa faktor.
Ujar Timbalan Perdana Menteri, ia merangkumi model pelaksanaan yang digunakan negara jiran dan fakta sains, selain kebimbangan yang diutarakan pakar-pakar kesihatan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sebagai contoh pasangan jarak jauh yang sudah lengkap imunisasi COVID-19 mungkin dibenarkan rentas daerah dan negeri untuk berjumpa.
Beliau turut memaklumkan, tiada garis masa bila ia akan dimuktamadkan kerana perlu diperhalusi secara berhati-hati.
14 Juta Vaksin Akan Dijual
14 juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac akan dijual Pharmaniaga kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat.
Ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia mula dijual bulan ini sehingga September.
Beliau memaklumkan, langkah itu akan membantu Malaysia mencapai imuniti kelompok lebih awal.
Penduduk Sarawak Boleh Mula ‘Walk-In’
Bermula esok sehingga 5 Ogos semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Sarawak dibenar melaksanakan pemberian vaksin secara 'walk-in’.
Menurut kerajaan negeri, ia melibatkan individu yang belum dapat janji temu vaksinasi dos pertama.
Namun penduduk Sarawak disaran mendapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather