← Back to list
Brooker yakin gandingan Pandelela dan Mun Yee mampu hadirkan pingat
Jul 27, 2021
Pingat pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo mungkin hadir hari ini menerusi acara terjun.
Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee akan beraksi petang ini dalam acara 10 meter platform seirama wanita.
Jurulatih skuad terjun negara yakin Pandelela dan Mun Yee mampu menyerap tekanan untuk menghadiahkan pingat untuk kontinjen negara.
Christian Brooker beritahu Nadi Arena, kedua-dua penerjun negara itu berada dalam keadaan fokus dan semuanya berada dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Malaysia memenangi perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita pada edisi di Rio sebelum ini menerusi gandingan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather