← Back to list
10 PPV Terpilih Lembah Klang terlibat program vaksin 'walk in'
Aug 01, 2021
PPV terpilih sekitar Lembah Klang terlibat program vaksin secara 'walk in'
10 PPV sekitar Lembah Klang akan terlibat dengan program jangkauan vaksin secara ‘walk in’.
Perkara tersebut diumumkan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19, CITF dalam kenyataannya semalam.
Warganegara berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid boleh berbuat demikian mulai esok sehingga Rabu untuk menerima suntikan vaksin.
Manakala bagi warganegara berusia 18 tahun ke atas pula akan bermula 5 hingga 22 Ogos.
Tempoh operasi khidmat suntikan vaksin secara ‘walk in’ ini juga hanya akan bermula mulai 2 petang pada setiap hari.
---
Kerajaan akan teliti cadangan buka tanah perkuburan Islam khas jenazah pesakit COVID
Kerajaan akan meneliti keperluan membuka tanah perkuburan Islam khusus buat jenazah pesakit COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti terlebih dahulu.
Tambah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri, sekurang-kurangnya ia mampu memberi satu cara terbaik dalam menguruskan mereka yang meninggal dunia akibat wabak tersebut.
---
Mesyuarat khas Dewan Rakyat esok ditangguh
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan Ketua Pengarah Kesihatan ekoran 11 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen ketika berlangsungnya sidang berkenaan.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 itu dijadual berlangsung selama 5 hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat.
Manakala bagi Dewan Negara pula ditetapkan selama 3 hari mulai 3 Ogos.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather