← Back to list
KKM Saran Mesyuarat Di Parlimen Ditangguhkan 2 Minggu.
Aug 02, 2021
Kementerian Kesihatan menyarankan agar semua sesi mesyuarat di Parlimen ditangguhkan untuk tempoh 2 minggu.
Jelas KKM, ia mengambil kira penilaian risiko semasa penularan Covid-19 susulan pengesanan beberapa kes positif di Parlimen.
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan bagi cegah penularan wabak itu.
Keputusan penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya bersambung hari ini dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia tiada kaitan dengan politik.
Kerajaan sasar 50 peratus dewasa di Malaysia lengkap divaksin hujung bulan ini.
50 peratus penduduk berumur 18 tahun ke atas dijangka akan melengkapkan dua dos vaksin menjelang hujung bulan ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan optimis, sasaran itu mampu dicapai susulan kadar vaksinasi yang tinggi.
Setakat ini, 29 peratus penduduk dewasa di negara ini sudah lengkap 2 dos vaksin.
Semua guru dijangka terima dos pertama vaksin sebelum sekolah dibuka bulan depan.
Semua guru di seluruh negara dijangka terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan dibuka, bulan depan.
Menteri Kesihatan berkata selain guru, anggota perkhidmatan sokongan termasuk pengendali kantin, pemandu bas dan pengawal keselamatan juga akan mendapat suntikan vaksin.
Setakat ini, lebih 326,000 guru sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather