← Back to list
Gelembung Pelancongan Langkawi: Hanya 1 Kes Positif COVID-19 Semalam.
Sep 19, 2021
Gelembung Pelancongan Langkawi: Hanya 1 Kes Positif COVID-19 Semalam
Hampir 8,500 pelancong direkodkan masuk ke Langkawi sejak projek rintis Gelembung Pelancongan domestik di pulau itu bermula.
Bagaimanapun 15 orang dilarang memasuki pulau itu apabila 10 daripadanya dikesan positif COVID-19 manakala 5 lagi merupakan kontak rapat.
Semalam sahaja, lebih 2,500 pelancong menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum memasuki Langkawi dan hanya seorang disahkan positif virus itu.
Murid Tak Divaksin Mungkin Tak Dapat Hadir Persekolahan Bersemuka
Murid sekolah yang tidak dapat kebenaran ibu bapa untuk menerima vaksin COVID-19 mungkin tidak dapat menjalani sesi persekolahan 2022 secara bersemuka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Berita Harian, itu antara perkara yang sedang diteliti pihaknya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Vaksinasi COVID-19 untuk golongan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun di seluruh negara akan bermula esok selepas projek rintisnya di Sarawak bermula awal bulan ini.
Program Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Orang Asli Dijangka Selesai Sebelum November
Kerajaan jangka program suntikan vaksin COVID-19 untuk masyarakat orang Asli di seluruh negara diselesaikan sebelum November.
Bagaimanapun, ia boleh dipercepatkan ke bulan depan jika Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat bekalan vaksin jenis tunggal, CanSino sebagaimana dimohon.
Sementara itu, lebih 78 peratus individu dewasa di negara ini sudah lengkap divaksin.
Menurut portal CovidNow, ia dijangka mencapai 80 peratus pada 21 September iaitu Selasa nanti.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather