← Back to list
Aktiviti Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Apabila Kadar Vaksinasi Cecah 90 Peratus.
Sep 23, 2021
Aktiviti rentas negeri hanya dibenarkan apabila peratus vaksinasi penduduk dewasa di Malaysia cecah 90 peratus!
Menurut Perdana Menteri, ia berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.
Syarat itu juga terpakai bagi pembukaan kawasan dan pusat pelancongan.
Setakat ini, 80 peratus penduduk dewasa di negara ini sudah terima 2 dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, semua kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka kini dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 malam.
Spa, pusat kesihatan dan urut kesihatan akan dibuka mulai 1 Oktober ini dengan syarat operator dan pengunjung lengkap divaksinasi.
Johor akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, PPN berkuatkuasa esok.
Pahang akan memasuki Fasa 3 manakala Negeri Sembilan pula akan beralih ke Fasa 4.
Murid berhak ke sekolah walaupun tidak divaksin.
Semua murid berhak untuk menghadiri sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah, walaupun mereka tidak divaksin.
Menurut KPM, pihaknya akan ambil pelbagai langkah termasuk memberikan kaunseling kepada ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka mengambil vaksin.
Namun, ketika ini, masih belum ada data mengenai jumlah pelajar yang enggan menerima vaksin.
Proses vaksinasi remaja di PPV Awam dan Integrasi dilaksanakan melalui 3 kaedah.
3 kaedah akan dilaksanakan dalam proses vaksinasi remaja di 156 PPV Awam dan Integrasi yang bermula hari ini.
Menurut Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja, ia adalah secara janji temu melalui aplikasi MySejahtera, 'walk-in' dan vaksinasi berjadual.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather