← Back to list
Ciri Baru MySejahtera Untuk Mohon Dos Penggalak.
Oct 21, 2021
Ciri Baru MySejahtera Untuk Mohon Dos Penggalak
MySejahtera akan menyediakan 1 ciri baru bagi membolehkan individu mohon dos penggalak vaksin COVID-19.
Ia bagi tujuan memenuhi syarat negara lain termasuk urusan menunaikan umrah atau haji.
Individu yang mahu tunai umrah juga boleh mohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dapatkan dos
penggalak bermula bulan depan.
Ia adalah untuk penerima vaksin yang ditetapkan oleh Arab Saudi memerlukan dos penggalak.
KKM juga sedang berunding dengan Arab Saudi berkenaan perkara tersebut agar tiada diskriminasi.
Dalam perkembangan lain, KKM nafi pangkalan data MySejahtera telah digodam.
Sebaliknya KKM mengakui terdapat penyalahgunaan akses kepada nombor telefon secara rawak namun ia sudah diatasi.
Penjelasan itu diberi ekoran sejumlah pengguna terima email ‘spam’ berkaitan aplikasi MySejahtera.
Bajet 2022 Cerminan Tekad Kerajaan
Bajet 2022 akan jadi cerminan tekad kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Ujar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia sekaligus akan mengembalikan keyakinan pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.
Beliau turut beri jaminan, kerajaan akan meneruskan kesemua pakej bantuan yang telah diumumkan bagi tujuan pemulihan jangka panjang ekonomi negara.
Bajet 2022 akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober ini.
Plat Kenderaan OKU Akan Diwarta
Kementerian Pengangkutan kini dalam proses akhir mewartakan pelaksanaan plat kenderaan OKU.
Ia bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan untuk golongan itu.
Ia juga diharap mampu banteras penyalahgunaan fasiliti tempat letak kenderaan OKU oleh masyarakat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather