← Back to list
Fenomena Air Pasang Besar: Beberapa Kawasan Mulai Dinaiki Air.
Nov 05, 2021
Fenomena Air Pasang Besar: Beberapa Kawasan Mulai Dinaiki Air
Fenomena air pasang besar mula melanda kawasan Kuala Kedah tengah malam tadi.
Ia menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu mula dinaiki air.
Bomba memaklumkan, air laut didapati sudah memasuki kawasan pasar di daerah itu.
Pihaknya dalam keadaan bersiap-sedia menjalankan operasi jika terima panggilan menyelamat.
Fenomena air pasang besar kini melanda 4 negeri iaitu, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Ia akan jadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Kedah meningkat kepada lebih 900 orang.
Mangsa mendapatkan perlindungan di 10 pusat pemindahan bencana alam itu di Pendang dan Baling.
Lelaki Korban Pertama Banjir di Kedah
Seorang lelaki jadi korban pertama banjir di Kedah.
Mangsa dilaporkan lemas ketika memukat ikan di bendang yang ditenggelami air.
PRN Sarawak: SPR Akan Bermesyuarat
SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi bincang tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Ia susulan penamatan rasmi Proklamasi Darurat negeri itu setelah dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
PRN Sarawak bakal diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh proklamasi tersebut dibatalkan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather