← Back to list
32 Pasukan Cantas Khas Ditubuhkan.
Nov 08, 2021
32 Pasukan Cantas Khas ditubuhkan.
PDRM tubuhkan 32 Pasukan Cantas Khas bagi memastikan tiada unsur gengsterism berlaku sepanjang PRN Melaka.
Pasukan terbabit akan menjalankan rondaan setiap masa di kawasan panas seluruh negeri itu.
Buat masa ini, tiada unsur gengsterism dilaporkan namun tegas polis, pihaknya sentiasa bersiap sedia jika terdapat elemen sebegitu dalam PRN kali ini.
Sementara itu, 4 kertas siasatan dibuka berkaitan penyebaran berita palsu, fitnah dan penghinaan menerusi media sosial sejak pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu.
Ia termasuklah penularan berita palsu mengenai SOP dan penutupan sempadan negeri sempena PRN Melaka yang viral baru-baru ini.
Fenomena air pasang besar bukan pesta untuk bersuka ria!
Tegas bomba, sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku walaupun sesuatu aktiviti itu dianggap sekadar hiburan atau riadah.
Justeru, orang ramai diingatkan supaya terus peka dengan keadaan sekeliling bagi elak sebarang kejadian tidak diingini.
KPM selesai agihkan 150,000 peranti.
Kementerian Pendidikan telah selesai mengagihkan kesemua 150,000 peranti kepada pelajar yang memerlukan, pada 29 Oktober lalu.
Jelasnya, pada peringkat awal, berlaku kelewatan dalam agihan peranti itu ekoran sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19.
Penerima bantuan di bawah inisiatif CERDIK itu katanya kini menggunakan peranti berkenaan dalam pembelajaran mereka.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather