← Back to list
Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 Mula Diagihkan Hari Ini.
Nov 25, 2021
Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 Mula Diagihkan Hari Ini.
Bantuan Khas COVID-19, BKC fasa 2 akan mula diagihkan kepada penerima hari ini.
Ia melibatkan kira-kira 700,000 isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.
Sementara itu, permohonan Geran Khas Prihatin yang tidak diluluskan, akan dipertimbang untuk Bantuan Keluarga Malaysia.
Ia bagi memastikan tiada individu yang layak dan memerlukan, tercicir daripada menerima bantuan.
Dos penggalak kini disyorkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas.
Vaksin Covid-19 jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac kini disyorkan sebagai dos penggalak untuk semua individu berusia 18 tahun ke atas.
Menteri Kesihatan berkata keutamaan janji temu akan diberikan mengikut turutan umur, petugas barisan hadapan dan individu dengan penyakit kronik.
Bagi penerima vaksin Sinovac, dos penggalak akan diberikan selepas 3 bulan daripada dos kedua diterima.
Penerima vaksin AstraZeneca dan Pfizer pula akan diberikan dos penggalak selepas 6 bulan dos kedua diterima.
Individu berusia 18 tahun boleh jadi calon pilihan raya.
Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan perkara tersebut.
Ia diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather