← Back to list
SOP Khusus Buat Pengembara Yang Tiba Di Malaysia Bermula Hari Ini.
Dec 08, 2021
SOP Khusus Buat Pengembara Yang Tiba Di Malaysia Bermula Hari ini.
Tindakan pencegahan COVID-19 khusus ke atas pengembara yang tiba di Malaysia akan dilaksanakan mulai hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan, ia bertujuan mencegah kemasukan dan penularan varian baru, Omicron di dalam negara.
Pengembara antaranya perlu melakukan ujian RT-PCR, 2 hari sebelum berlepas ke Malaysia dan perlu jalani ujian Covid-19 selama 6 hari selepas tiba di Malaysia.
Sabitan dan hukuman berhubung pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak kekal.
Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman berhubung 7 pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International.
Panel 3 hakim juga menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak salah mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri dalam kes berkenaan, sebelum ini.
Hakim turut menyatakan bahawa tindakan Datuk Seri Najib berkaitan pinjaman RM4 billion kepada SRC bukan untuk kepentingan negara tetapi bersifat peribadi.
Prosiding hari ini diadakan secara hibrid ekoran ada kes positif COVID-19 melibatkan pasukan pembelaan.
Ia menyaksikan hakim dan pasukan pendakwaan berada di Mahkamah Rayuan manakala Datuk Seri Najib dan pasukan peguamnya berada di lokasi lain.
Diskaun 80 peratus saman JPJ bermula esok hingga 12 Disember.
JPJ tawar diskaun pembayaran saman sebanyak 80 peratus bermula esok hingga 12 Disember!
Ia sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula esok.
Bagaimanapun diskaun tidak terpakai bagi kes-kes yang dibawa ke mahkamah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather