← Back to list
PKP Tidak Akan Dilaksanakan Semula.
Jan 12, 2022
PKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula.
Sebaliknya, jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kawalan di sempadan negara mungkin akan diperketatkan bagi mencegah penularan varian Omicron.
99 kes Covid-19 melibatkan varian membimbangkan dikesan sejak 3 Januari lalu.
Menurut KKM, 91 daripadanya ialah varian Delta dan 8 lagi varian Omicron.
Polis sedang mengesan pihak yang menjalankan aktiviti menjual sijil vaksin Covid-19.
Menurut Bukit Aman setakat ini hanya satu kes penjualan sijil vaksinasi palsu dikesan melibatkan seorang doktor di Terengganu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan seumpama itu boleh melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
KKM kesan kes keracunan makanan di sebuah PPS di Johor.
Ia melibatkan 4 mangsa banjir dan 5 petugas pusat pemindahan berkenaan.
Pencemaran katanya bukan disebabkan oleh penyediaan makanan di PPS, sebaliknya berpunca daripada pesakit yang membiarkan makanan terdedah lama.
Kesemua mereka telah menerima rawatan yang sewajarnya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather