← Back to list
Imbasan Suhu Tidak Lagi Akan Diwajibkan Kelak.
Jan 21, 2022
Imbasan Suhu Tidak Lagi Akan Diwajibkan Kelak.
SOP imbasan suhu di premis tidak lagi akan diwajibkan kelak!
Menteri Kesihatan berkata orang ramai hanya perlu mengimbas aplikasi MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis.
Ini kerana imbasan suhu bukan lagi langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.
Sebaliknya, mereka yang bergejala perlu kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.
Tidak perlu tutup sekolah asrama.
Tiada keperluan untuk menutup sekolah berasrama walaupun kes Covid-19 meningkat.
Jelas KKM, ini kerana sebahagian besar kes tidak bergejala atau hanya bergejala ringan.
Penutupan sekolah juga dilihat sebagai langkah ke belakang memandangkan peratusan vaksinasi remaja telah capai 90 peratus.
52 kluster pendidikan dilaporkan sejak minggu pertama persekolahan tahun ini dengan sebahagian besarnya melibatkan sekolah menengah berasrama.
Boleh tempah temu janji vaksin kanak-kanak hujung bulan ini.
Tempahan janji temu vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dibuka mulai hujung bulan ini.
Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan menerusi aplikasi MySejahtera.
Proses vaksinasi kanak-kanak berkenaan akan bermula bulan depan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather