← Back to list
3 Negeri Akan Memasuki Fasa Pascabanjir
Mar 09, 2023
3 Negeri Akan Memasuki Fasa Pascabanjir
NADMA memaklumkan Johor, Pahang dan Melaka akan memasuki fasa pascabanjir dalam masa terdekat.
Sehubungan dengan itu, pihaknya mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO bagi memastikan kerja-kerja bantuan pascabanjir berjalan lancar.
Menurut laman web NADMA, lebih 40,000 mangsa banjir di 3 negeri berkenaan masih berlindung di PPS.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Johor mengumumkan hampir 26 institusi kewangan bersetuju beri kemudahan moratorium kepada mangsa banjir di negeri itu.
Tan Sri Muhyiddin Nafi Ditahan
Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin nafi dakwaan kononnya telah ditahan SPRM semalam.
Ahli Parlimen Pagoh itu sebaliknya mengesahkan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 11 pagi ini untuk beri keterangan.
Desas-desus Tan Sri Muhyiddin akan didakwa tersebar selepas bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadap ke mahkamah berhubung kes rasuah berkaitan program Jana Wibawa.
Perdana Menteri Tegur Para Suami
Perdana Menteri tegur sikap segelintir suami yang masih 'berkira' untuk beri sumbangan caruman KWSP kepada isteri menerusi inisiatif i-Sayang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, i-Sayang merupakan inisiatif kerajaan menghargai sumbangan isteri yang membolehkan suami memindahkan 2 peratus caruman secara sukarela ke akaun isteri.
Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 semalam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather