← Back to list
Zahid Sedia Disiasat
Mar 13, 2023
Zahid Sedia Disiasat
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia disiasat oleh mana-mana pihak atau pada bila-bila masa.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian susulan cabaran oleh Presiden Bersatu yang mahu SPRM siasat beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tegaskan bukan sahaja Bersatu, siasatan juga perlu dilakukan terhadap kedua-dua pemimpin itu serta sumber kewangan PKR dan UMNO.
Jumaat lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah KL atas 6 pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Namun beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes.
Kemudian SPRM sahkan, Tan Sri Muhyiddin bakal didakwa lagi hari ini atas sejumlah pertuduhan di Mahkamah Shah Alam.
Banjir Johor: Murid Bersekolah di Premis Sementara
Murid di sejumlah sekolah yang terjejas teruk akibat banjir di Johor dijangka belajar di premis sementara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi membolehkan mereka memulakan sesi baru persekolahan tidak lama lagi.
Terdahulu Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan 2023 bagi negeri-negeri yang dilanda banjir tidak akan ditangguhkan.
Justeru KPM beri kelonggaran kepada murid mangsa banjir untuk pakai pakaian yang sesuai jika tiada baju sekolah, asalkan mereka hadir ke sekolah.
Sementara itu jumlah mangsa banjir di Johor masih tinggi apabila kira-kira 40,000 masih berlindung di PPS.
Di Pahang jumlah mangsa turun kepada sekitar 150, Sarawak hampir 100 dan Melaka hampir 90.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather