← Back to list
Malaysia Antara 10 Negara Teratas Sasaran Email Hasad.
Mar 17, 2023
Malaysia Antara 10 Negara Teratas Sasaran Email Hasad
Malaysia berada di kedudukan ke -10 teratas sasaran email hasad atau berniat jahat global pada tahun lalu.
Ia berdasarkan satu kajian oleh syarikat keselamatan siber dan privasi digital global, Kaspersky.
Kebanyakan email hasad yang diterima rakyat Malaysia berbentuk penyamaran kononnya untuk urusan perniagaan dan perbankan bagi menarik perhatian penerima untuk membukanya.
Dalam kebanyakan kes, dokumen yang dibuka itu akan turut memuat turun virus Trojan.
Ambulans Udara Bakal Diperkenal
Perkhidmatan ambulans udara dijangka diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.
Ia hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dengan Kementerian Kesihatan menggunakan helikopter milik bomba.
Menurut KPKT, ia melibatkan usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya.
Laluan Khas Kemasukan ke IPTA melalui UPUOnline Kekal
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Laluan Khas Kemasukan Pelajar ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, ia melibatkan 4 kumpulan sasaran iaitu golongan B40, OKU, Orang Asli dan atlet.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather