← Back to list
KPM Bercadang Wajibkan Sekolah Menengah
Mar 22, 2023
KPM Bercadang Wajibkan Sekolah Menengah
Kementerian Pendidikan bercadang mewajibkan pendidikan sekolah menengah dan draf cadangan sudah diserah kepada Peguam Negara.
Ia sebagai komitmen KPM untuk memastikan tiada anak-anak tercicir pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Ketika ini pendidikan diwajibkan setakat Darjah 6 sahaja.
Ia menyaksikan ibu bapa boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya jika gagal mematuhinya.
Dalam satu lagi perkembangan, KPM akan teliti cadangan untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan yang bermula pada Januari.
Ia perlu kajian mendalam termasuk mengambil kira faktor ekonomi setempat, banjir pada hujung tahun dan jadual peperiksaan-peperiksaan utama.
Sistem Bembayaran Tol Secara Terbuka Bermula September
Beberapa lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran tol secara terbuka menjelang September.
Kementerian Kerja Raya mengumumkan lebuh raya berkenaan adalah NPE, Besraya, AKLEH, GCE dan Jambatan Pulau Pinang.
Ini bermakna penggunanya turut boleh bayar tol menggunakan kad kredit dan debit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather