← Back to list
KPDN Terima 99 Aduan Harga Makanan Di Bazar Ramadhan.
Mar 28, 2023
KPDN Terima 99 Aduan Harga Makanan Di Bazar Ramadhan.
99 aduan diterima berkaitan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan seluruh negara setakat semalam.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berkata pegawai dan penguatkuasanya akan sentiasa pantau harga dan mengambil pendekatan menasihatkan peniaga agar tidak meletakkan harga terlalu tinggi.
Dalam pada itu 38 lokasi setakat ini katanya sedang melaksanakan Bazar Ramadan Rahmah yang menyediakan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.
12 Lagi Mangsa Sindiket Pekerjaan Pulang Ke Malaysia.
12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan jadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja telah dibebaskan.
Menurut Perdana Menteri pihak Kedutaan Malaysia di Kemboja akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Kemboja berkata setakat ini lebih 280 rakyat Malaysia yang jadi mangsa sindiket berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Korupsi Babitkan Penguatkuasa Kronik.
Timbalan Ketua Pesuruhajaya Operasi SPRM berkata tahap korupsi babitkan anggota penguatkuasa semakin kronik dan membimbangkan.
Jelasnya golongan ini menjadikan pendatang asing tanpa izin, pekerja dan pelajar asing serta warga asing yang tidak berdokumen sebagai sasaran untuk mendapatkan rasuah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather