← Back to list
KPDN Tidak Terima Sebarang Aduan Bekalan Gula Sehingga Kini
May 30, 2023
KPDN Tidak Terima Sebarang Aduan Bekalan Gula Sehingga Kini
Tiada lagi aduan diterima mengenai kenaikan harga atau kekurangan bekalan gula sehingga kini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata ia selepas pihaknya meluluskan permohonan 2 syarikat pengeluar gula tempatan untuk menjual gula putih bertapis jernih.
Datuk Seri Salahuddin Ayub juga telah mengarahkan Ops Manis dilanjutkan selama sebulan bagi memantau harga dan stok gula itu.
Sementara itu, KPDN sedia pertimbangkan cadangan supaya mewujudkan Menu Rahmah di IPTS.
Pihaknya perlukan masa untuk mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan bagi melaksanakan cadangan tersebut.
SPR Sedia Laksanakan PRN
SPR sedia laksanakan Pilihan Raya Negeri sebaik sahaja Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang membubarkan DUN masing-masing.
Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ia meliputi penetapan tarikh keluar writ, penamaan calon, tempoh berkempen, undi awal dan hari pengundian.
Tambah beliau, kos perbelanjaan untuk melaksanakan PRN di 6 negeri tersebut cecah sehingga RM420 juta.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather