← Back to list
Malaysia Dijangka Alami Fenomena El Nino Lemah.
Jun 08, 2023
Malaysia Dijangka Alami Fenomena El Nino Lemah.
Malaysia dijangka alami fenomena El Nino lemah bermula bulan ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata ia kemudiannya akan meningkat ke tahap sederhana pada November depan.
Jelas Nik Nazmi Nik Ahmad, jumlah hujan dijangka berkurangan 20 hingga 40 peratus pada Jun hingga Oktober terutamanya negeri-negeri di selatan Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.
Sementara itu tiada suhu ekstrem melebihi 38 darjah Celsius diramal berlaku mulai bulan ini hingga Disember depan.
Bagaimanapun masih terdapat kemungkinan negara akan alami suhu sedikit lebih tinggi daripada biasa.
Jelas Nik Nazmi sejak Januari hingga Mei lepas, bacaan suhu harian maksimum tertinggi yang direkodkan adalah 38.6 darjah Celcius di Raub, Pahang.
Kerajaan Kecam Pelawak Wanita Persenda Malaysia.
Kerajaan mengecam tindakan pelawak wanita yang memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi kehilangan pesawat Malaysia, MH370.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa.
Terdahulu video papar pelawak wanita itu memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi, viral di media sosial.
Sementara itu, kerajaan Singapura mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran tindakan melampau pelawak tersebut yang katanya tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather