← Back to list
200 Syarikat Disasar Terlibat Dalam Program Academy in Industry.
Jun 13, 2023
200 Syarikat Disasar Terlibat Dalam Program Academy in Industry.
Kerajaan sasar 200 syarikat bakal terlibat dalam program Academy in Industry hingga hujung tahun ini.
la bagi melatih 20,000 pelajar lepasan sekolah untuk menjadi pekerja berkemahiran.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata di bawah program itu pelajar lepasan SPM akan dilatih oleh syarikat berkenaan selama 18 bulan.
Peserta katanya akan mendapat Sijil Kemahiran Tahap 1 selepas tamat tempoh latihan.
Persatuan Perubatan Malaysia Gesa Kerajaan Batalkan Keputusan Mengecualikan Nikotin Daripada Akta Racun.
Kerajaan digesa supaya membatalkan keputusannya mengecualikan nikotin daripada Akta Racun.
Persatuan Perubatan Malaysia berkata ini kerana industri rokok elektronik atau vape akan kekal tidak terkawal malah semakin membahayakan kesihatan awam.
Pihaknya juga kecewa kerana berpendapat Kementerian Kesihatan tidak menunjukkan ketegasan mengenai pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.
Sebelum ini Menteri Kesihatan berkata RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.
Namun, ketika parlimen bersidang, Dr Zaliha Mustafa umum RUU itu akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Kesihatan untuk proses semak dan imbang selanjutnya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather