← Back to list
Proses Undi Awal PRN Lancar.
Aug 09, 2023
Proses Undi Awal PRN Lancar.
Kedah catat peratusan undi awal tertinggi iaitu lebih 96 peratus pada hari pengundian awal PRN 6 negeri semalam.
SPR memaklumkan, secara keseluruhannya juga semua 6 negeri merekodkan peratusan keluar mengundi yang tinggi iaitu lebih 90 peratus.
Manakala bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu, lebih 1,200 atau 95 peratus pengundi awal melaksanakan tanggungjawab.
Sementara itu, Sabtu ini 9.7 juta pengundi biasa bakal mengundi di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan untuk pilih ADUN baru.
Syarikat p-hailing setuju lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah pekerja.
Semua syarikat p-hailing setuju beri komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah pekerja penghantaran mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan 24 syarikat pengendali semalam.
Sebelum ini beliau beri jaminan akan bincang isu kadar upah pekerja ekonomi gig berkenaan yang dikatakan semakin rendah sehingga membebankan golongan itu.
Kerajaan juga setuju untuk tambah peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran kepada kepada pengendali perkhidmatan p-hailing.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather