← Back to list
PDRM Sedia Hadapi PRN Esok.
Aug 11, 2023
PDRM Sedia Hadapi PRN Esok.
PDRM bersiap siaga bagi hadapi proses pengundian PRN 6 negeri esok.
Ketua Polis Negara berkata, ia termasuk kawalan keselamatan di kawasan strategik selepas keputusan pilihan raya diumumkan nanti.
Menurut Tan Sri Razarudin Husain, antara lokasinya adalah Istana Negeri dan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, pengundi yang positif COVID-19 diminta hadir ke pusat undi 2 jam sebelum tamat tempoh mengundi.
KKM memaklumkan, langkah itu bertujuan mengurangkan risiko jangkitan terhadap pengundi lain.
Murid masih boleh pakai baju sukan ke sekolah.
Murid masih dibenarkan pakai baju sukan ke sekolah walaupun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik.
Kementerian Pendidikan memaklumkan, pihaknya belum buat ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian semula pakaian seragam sekolah.
Dalam perkembangan lain, KPM sedang perhalusi kriteria penting termasuk lokasi pembinaan projek rintis sekolah khas murid daripada keluarga paling miskin.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather