← Back to list
7 Teras Kurikulum Persekolahan Baru
Dec 07, 2023
Kementerian Pendidikan akan perkenal 7 teras dalam kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 bagi melahirkan insan sejahtera dan amal kehidupan seimbang.
Teras tersebut ialah perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.
Kerangka itu dihasilkan daripada pendapat dan cadangan ibu bapa serta guru sama ada di bandar dan luar bandar.
---
Agensi pelaksana MyDigital ID, MIMOS jamin inisiatif sistem pengenalan diri dalam talian itu selamat.
Jelasnya, tidak akan berlaku perlanggaran atau kebocoran data pengguna kerana mereka tidak simpan sebarang data peribadi.
---
KKD pula jamin data peribadi rakyat termasuk yang tebus kredit eMADANI adalah selamat dan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak.
---
Kanak-kanak autisme yang hilang di Damansara Damai kelmarin telah ditemui meninggal dunia.
---
Lebih 2,300 mangsa banjir di Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan sedang berlindung di PPS.
---
Dan, buat pertama kali sejak memegang jawatan Setiausaha Agung PBB, António Guterres merujuk serangan ke atas Gaza menggunakan Artikel 99 piagam badan dunia itu.
Ia antaranya bermaksud situasi di wilayah Palestin tersebut dalam keadan bahaya yang serius dan boleh ancam keamanan dunia.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather