← Back to list
Saman JPJ Memang Tiada Diskaun
Dec 10, 2023
Menteri Pengangkutan menegaskan saman JPJ memang tidak diberikan diskaun.
Anthony Loke berkata, sejak beliau pegang jawatan tersebut pada 2018 beliau telah tetapkan dasar bahawa tiada diskaun diberi kepada pesalah undang-undang jalan raya.
Jelas Loke, ia menandakan JPJ tegas dalam mendidik pengguna jalan raya agar lebih patuh pada masa akan datang.
---
Kerajaan sedang perkukuh keselamatan perkhidmat siber bagi kekang pengodaman sistem berkaitan kerajaan.
Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agensi kerajaan akan jalin kerjasama dengan pihak luar bagi mengekang serangan terbabit.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes pengkalan maklumat dan laman sesawang PERKESO yang digodam baru-baru ini.
---
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menegaskan, Gaza berada di ambang kehancuran total.
Ini selepas gencatan senjata terbaharu yang diusulkan oleh Majlis Keselamatan PBB gagal diluluskan akibat tindakan sekutu Israel, Amerika Syarikat guna kuasa veto membatalkannya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather