← Back to list
Kes Covid-19 Dijangka Terus Meningkat Namun Terkawal
Dec 11, 2023
Kes Covid-19 Dijangka Terus Meningkat Namun Terkawal
Kementerian Kesihatan akan terus memantau trend jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.
Namun Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menjangkakan ia akan terus terkawal tanpa membebankan fasiliti kesihatan.
Tambah beliau, KKM menjangkakan trend akan terus menaik di penghujung tahun, khususnya sewaktu musim Krismas, ekoran aktiviti kunjung-mengunjung.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani akan diperluaskan.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani akan dibawa ke setiap negeri yang akan dimulakan di Selangor, bulan depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan kejayaan penganjuran program berkenaan di perkarangan Stadium Bukit Jalil, hujung minggu lalu.
Tambah beliau ia wajar dianjurkan di setiap negeri bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian mengenai Kerajaan Perpaduan.
MetMalaysia jangkakan hujan di beberapa negeri hingga Khamis.
Hujan diramalkan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor serta barat Sarawak hingga Khamis ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang juga masih berpotensi berlaku di negeri-negeri lain pada sebelah petang hingga ke malam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather