← Back to list
Kabinet Kerajaan Perpaduan Dirombak
Dec 12, 2023
Kabinet Kerajaan Perpaduan Dirombak.
Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan.
Ia merupakan rombakan pertama yang dilakukan sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara tahun lalu.
Antara nama yang bertukar portfolio ialah Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang kini dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Gobind Singh Deo dilantik sebagai Menteri Digital yang dipisahkan daripada Kementerian Komunikasi.
Datuk Seri Armizan Mohd Ali dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi tadi dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Dengan penambahan itu, jumlah ahli Jemaah menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang.
Manakala jumlah timbalan menteri bertambah daripada 27 kepada 29 orang.
Kes jangkitan Covid-19 meningkat namun terkawal.
Kementerian Kesihatan sentiasa bersiap sedia untuk terus memantau situasi dan varian Covid-19 dari semasa ke semasa.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, walaupun kes jangkitan Covid-19 meningkat, namun ia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Pihaknya turut mengesahkan setakat ini tiada varian baharu dikesan di Malaysia.
Kerajaan akan terus sekat kandungan yang jejaskan moral masyarakat di media sosial.
Kerajaan komited untuk terus menyekat kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejaskan serta merosakkan moral masyarakat di platform media sosial.
Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, sekatan itu turut melibatkan laman sesawang yang antaranya mempromosi produk seks dan laman berunsur LGBT.
Lebih 7,000 laman sedemikian katanya telah disekat bagi tempoh 2018 hingga hujung bulan lalu dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather