← Back to list
PADU Dikendali Penjawat Awam
Jan 05, 2024
Kerajaan ambil keputusan bahawa sistam Pangkalan Data Utama (PADU) perlu dikendalikan oleh penjawat awam.
Jelas Kementerian Ekonomi, ia bertujuan kurangkan risiko pendedahan maklumat rakyat jika dikendalikan oleh pihak ketiga.
Setakat ini lebih setengah juga orang sudah mendaftar dalam sistam PADU dengan Selangor merupakan negeri yang catat jumlah pendaftaran tertinggi.
---
Lebih 160,000 akaun bank dan nombor telefon 'scammer' tersenarai dalam platform SemakMule PDRM.
Menurut Bukit Aman, sejak portal itu dibangunkan pada 2018, ia telah dilawati sebanyak 24 juta kali dengan jumlah carian mencecah 21 juta.
PDRM juga percaya SemakMule telah bantu ramai pengguna dan menyelamatkan wang mereka daripada dipindahkan ke akaun 'scammer'.
---
Sejumlah kawasan di Johor kembali dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan.
Ia turut menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat semula, terkini angkanya mencecah 1,500 orang.
Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan untuk hampir semua daerah di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang bermula semalam hingga Ahad ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather