← Back to list
IPT Perlu Bebas Sumbang Idea
Jan 05, 2024
IPT Perlu Bebas Sumbang Idea
Institusi pengajian tinggi mesti diberi kebebasan dan kelonggaran untuk mengeluarkan ideabaharu bagi menambah baik sektor pendidikan negara.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini akan membantu universiti tempatan bersaing dengan universiti lain di peringkat global, terutamanya dalam bidang baru.
Selain itu, ia juga akan dapat membantu mereka melahirkan graduan lebih berkualiti.
Sekolah di Pulau Pinang boleh jalani PDPR
Seluruh sekolah di Pulau Pinang dibenarkan menjalankan sesi PDPR berikutan gangguan bekalan air berjadual di negeri itu selama empat hari, bermula 10 Januari ini.
Jabatan Pendidikan Negeri berkata pelajar Tingkatan Lima dan penuntut Kolej Pra-Universiti akan menjalani sesi pembelajaran seperti biasa di sekolah memandangkan mereka perlu menghadapi peperiksaan.
Surat makluman berhubung hebahan kebenaran pembelajaran menerusi PdPR ini akan diedarkan kepada pihak sekolah.
Jawatankuasa pengurusan bencana di Johor dan Pahang diaktifkan
Jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah di Johor serta Pahang diaktifkan.
Ia berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada dan buruk di beberapa kawasan di dua negeri itu dikeluarkan Met Malaysia tengah hari tadi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather