← Back to list
Media Perlu Berhati-hati Lapor Berita
Jan 31, 2024
Media diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam melaporkan berita.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata adalah penting supaya sesuatu berita itu disahkan sebelum laporan mengenainya diterbitkan, terutamanya dalam isu-isu dan perkara yang besar.
Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah media siar artikel mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberikan pengampunan diraja.
---
Sultan Johor, Sultan Ibrahim dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pagi ini bagi tempoh 5 tahun.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
Dalam perkembangan berkaitan polis KL menasihatkan orang ramai agar tidak guna laluan-laluan yang ditutup sementara pagi ini bagi istiadat tersebut.
Antara yang terlibat adalah laluan di sekitar pusat ibu kota antaranya Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Jalan Travers.
Menurut PDRM, laluan berkenaan akan dibuka semula secara berperingkat mulai 9.30 pagi.
---
SPRM komited dan bertekad untuk meneruskan usaha pencegahan dan operasi bagi hapus rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Ia susulan laporan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa 2023 menyatakan Malaysia memperbaiki kedudukan, naik ke tangga 57 berbanding kedudukan ke-61 pada 2022.
Malaysia juga berjaya memperbaiki skornya daripada 47 ke 50, iaitu peningkatan 3 mata setelah penurunan berturut-turut sejak 2019.
Dalam perkembangan lain, 3 anggota polis trafik kini direman berkaitan kes minta wang daripada pasangan pelancong warga UK bagi selesaikan saman trafik, baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather