← Back to list
Kajian Skim Pencen Penjawat Awam di Peringkat Akhir
Feb 14, 2024
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan, kajian berkaitan skim pencen penjawat awam kini berada di peringkat akhir.
Susulan itu, buat masa ini pengambilan baru dalam perkhidmatan awam hanya boleh dibuat secara lantikan kontrak.
Jelas Tan Sri Mohd Zuki, selepas dimuktamadkan barulah inisiatif kaedah lantikan baru dapat diperkenalkan bagi mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam.
---
Orang ramai diminta waspada jika terima mesej pesanan kononnya tawar perkhidmatan melepaskan orang kena tahan yang dipercayai mempunyai hubungan pekerjaan dengan mereka.
Menurut Pengarah Imigresen KL, ini kerana pihaknya mendapati terdapat aktiviti manipulasi maklumat berkenaan bagi mendapatkan wang.
---
Lebih 80 selebriti dilaporkan bertanding sebagai calon Parlimen dalam pemilihan umum Indonesia (PEMILU) 2024.
Antara yang mencuba nasib adalah meastro muzik, Melly Goeslaw manakala penyanyi legenda, Kris Dayanti menyertai pertandingan untuk dilantik semula.
Lebih 200 juta warga Indonesia dijangka membuang undi hari ini dalam PEMILU yang turut diadakan serentak dengan Pilihan Raya Presiden.
Berdasarkan tinjauan simulasi, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto dijangka menjadi Presiden baru republik itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather