← Back to list
Isu Harga Beras Dimuktamad Bulan Depan
Feb 26, 2024
Perdana Menteri berkata isu berkaitan harga padi dan beras akan dimuktamadkan bulan depan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara diberi masa hingga 20 Mac untuk penetapan harga barangan asas itu
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa semua Ahli Parlimen kerajaan agar jaga tatasusila dan kualiti perbahasan sepanjang persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Sementara itu titah sulung Sultan Ibrahim selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong bakal jadi tumpuan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.
Sidang Dewan Rakyat kali ini dijangka berlangsung sehingga 27 Mei dan antara yang akan jadi tumpuan adalah pembentangan RUU Mahkamah Syariah.
---
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam proses mengenal pasti pili bomba rosak teruk yang perlu diberi keutamaan untuk diselenggara.
Pihaknya memaklumkan, setakat cuma 4 peratus daripada 357,000 pili bomba awam di bawah seliaannya perlu pembaikan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather