← Back to list
Kadar gaji penjawat awam diumumkan 1 Mei - PM
Apr 20, 2024
Kadar gaji penjawat awam diumumkan 1 Mei - PM
Perdana Menteri akan umumkan cadangan penambahbaikan dan meningkatkan gaji penjawat awam pada 1 Mei.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman tersebut akan dibuat pada Hari Pekerja sebagai usaha untuk meningkatkan produktiviti penjawat awam.
Tambahnya, kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab tersebut dengan mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.
__
Ibu bekerja di Selangor terima insentif MamaKerja RM1000
Lebih 3,800 ibu bekerja di Selangor bakal menerima insentif MamaKerja berjumlah RM1000.
Menteri Besarnya berkata insentif itu akan disalurkan kepada sebahagian daripada hampir 5600 permohonan bagi meringankan kos penjagaan anak-anak.
__
Suspek simbah air panas ke arah lelaki OKU ditahan
Polis Pulau Pinang tahan seorang wanita kerana disyaki simbah air panas ke arah lelaki sindrom down dalam sebuah lif di Bayan Lepas.
Suspek berjaya dikenalpasti menerusi rakaman CCTV yang viral baru-baru ini.
Susulan itu, mangsa disahkan alami kecederaan melecur pada sebahagian belakang dan depan badannya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan stabil.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather