← Back to list
Chegu Bard didakwa di Johor Bahru
Apr 30, 2024
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard didakwa di Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menerbitkan kandungan hasutan menerusi media sosial berhubung projek kasino di Forest City.
Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan itu.
__
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan di Setapak bagi membantu siasatan pertuduhan penerbitan kenyataan yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.
Terdahulu, Papagomo membuat kenyataan mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berhubung isu sebuah pasaraya rangkaian menerusi satu hantaran video.
__
Menteri Besar Perlis disahkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.
Menurut SPRM, pihaknya mengambil keterangan Mohd Shukri Ramli berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM60,000 yang sedang disiasat ke atas anak lelakinya.
__
PDRM akan rujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu ini berhubung kertas siasatan 10 suspek yang dikaitkan dengan lelaki Israel yang ditahan di KL bulan lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather