← Back to list
Subsidi Tiket Penerbangan FLYSiswa Disambung Semula
May 03, 2024
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan 300 ringgit untuk pelajar IPTA (FLYSiswa) yang tamat Disember lalu kini disambung semula.
Menurut Kementerian Pengangkutan,buat masa ini pelajar yang layak adalah mereka yang masih berdaftar di institusi masing-masing sehingga 31 Disember tahun lepas
Manakala, bagi pelajar baru bagi sesi kemasukan 1 Januari sehingga 31 Mac tahun ini, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai depan.
FlySiswa adalah untuk subsidi pembelian tiket penerbangan siswa IPTA bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.
---
Program Pendidikan TVET akan dipertingkat bagi tampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Perdana Menteri memaklumkan, bidang kecerdasan buatan, AI juga diberi keutamaan supaya negara tidak ketinggalan.
Susulan itu, teknologi AI akan diterap dalam kalangan pelajar di maahad tahfiz dan di institusi TVET.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Anwar Ibrahim sasar lebih 1,000 ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di Kelantan akan dinoktahkan dalam tempoh 2 bulan lagi.
---
28 permit ceramah dan 25 permit kempen telah diluluskan bagi kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu setakat ini.
Polis Selangor juga memberitahu, setakat ini kempen berlangsung dalam keadaan harmoni, teratur dan terkawal.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather