← Back to list
Tiada motif atau agenda lebih besar serangan Balai Polis Ulu Tiram.
May 18, 2024
Tiada motif atau agenda lebih besar ekoran serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Menteri Dalam Negeri berkata suspek kes berkenaan bergerak sendirian berdasarkan siasatan yang dijalankan PDRM.
Jelas Datuk Seri Saifuddin Nasution, kesimpulan itu dibuat selepas polis selesai menemubual 46 individu yang dipanggil untuk bantu siasatan.
Tambahnya, keutamaan polis ketika ini ialah keselamatan dan ketenteraman awam.
Untuk rekod, 7 individu telah ditahan termasuk 5 ahli keluarga suspek dan seorang warga Singapura.
Dalam kejadian tersebut, 2 orang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera.
__
Dalam perkembangan berkaitan, Singapura mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut.
Kementerian Luar Negara juga mengucapkan takziah dan mendoakan anggota yang cedera cepat sembuh.
__
Kerajaan Pahang akan sumbangkan sebanyak 8 ribu ringgit kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq, anggota polis yang terbunuh dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather