← Back to list
Beri Masa Kepada PDRM
May 20, 2024
Kawalan keselamatan di semua balai polis di Pulau Pinang telah ditingkatkan.
Ia susulan kejadian seorang lelaki ceroboh dan cuba rampas senjata api di Balai Polis Dato' Keramat semalam.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara mengarahkan PDRM meningkatkan tahap keselamatan di balai polis seluruh negara ekoran serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu.
Kejadian itu menyaksikan 3 maut iaitu 2 anggota polis dah suspek penyerang, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Razarudin Husain minta PDRM diberi masa untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu.
Ujar beliau, polis sedang soal siasat 7 individu yang ditahan berhubung kejadian berkenaan.
Tan Sri Razarudin sebelum ini sahkan penyerang bukan ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
---
Polis telah keluarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Menurut Bukit Aman, individu berkenaan dianggarkan berusia 30 tahun, tinggi 165 sentimeter, susuk badan sedernana dan berkulit sawo matang.
---
Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran sedang dijalankan susulan helikopter yang membawa Presiden Iran dilaporkan terhempas.
Difahamkan operasi itu amat sukar kerana lokasi kejadian adalah di pergunungan sempadan Iran-Azerbaijan yang dipenuhi kabus dan cuaca sejuk melampau.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather