Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Bahaya keracunan makanan kepada masyarakat

Jun 14, 2024


Keracunan makanan boleh bawa maut jika silap dirawat! 

Pegawai Teknologi Makanan, Encik Amran Hasan berkata ia boleh dialami mana-mana individu tanpa mengira usia. 

Beliau juga berkongsi beberapa gejala teruk keracunan makanan... 

“Cirit birit berdarah, dehidrasi yang teruk, kekejangan otot, keletihan yang melampau, kekejangan perut yang sangat menyakitkan berlaku secara berterusan dan kes-kes teruk ini memerlukan perubatan segera dan boleh mengakibatkan komplikasi jangka panjang atau kematian jika tidak dirawat dengan betul.”

Encik Amran turut mengingatkan orang ramai agar tidak memandang rendah risiko keracunan makanan. 

Biarpun kebanyakan individu boleh pulih sendiri tanpa rawatan doktor, pendekatan yang sama tidak boleh diambil untuk golongan-golongan berisiko... 

“Untuk golongan-golongan berisiko seperti bayi, kanak-kanak atau orang tua, elakkan rawatan sendiri di rumah walaupun gejala ringan. Ini penting untuk elakkan risiko dehidrasi dan renjatan hipovolemik yang senang dan cepat berlaku kepada golongan ini. Yang penting segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.”

Langkah tersebut katanya bertujuan mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk kepada golongan berkenaan. 

Beliau turut galakkan individu yang alami keracunan makanan agar minum air secukupnya bagi elak dehidrasi yang teruk. 

Dalam pada itu, Encik Amran tegaskan agar orang ramai tidak mengabaikan SOP penyediaan makanan. 

Ini kerana amalan penyediaan makanan yang betul terutamanya dalam kuantiti yang banyak perlu dititikberatkan oleh semua pihak... 

“Makanan panas harus dimakan dalam tempoh 4 jam setelah dimasak dan dihidangkan dan atau dipamerkan pada suhu sekurang-kurangnya pada 60 darjah Celsius. Dan makanan sejuk perlu disimpan pada suhu 4 darjah Celsius atau lebih rendah.”

Tambahnya, makanan yang sudah mula rosak perlu dibuang segera meskipun terpaksa menanggung rugi kerana nyawa lebih bernilai daripada wang ringgit. 

Terdahulu, seorang remaja dan seorang kanak-kanak maut selepas makan makanan yang sudah berlendir yang dibekalkan sebuah sekolah agama di Gombak dalam sebuah program. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keracunan makanan saksikan video penerangan oleh Encik Amran di media sosial Astro Radio News. 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }